Friday 30 December 2011

NOTA TATABAHASA UPSR

Beberapa Masalah Penggunaan Kata Dalam Ayat


1. Salah: Ada berbagai barang di kedai itu.
Betul: Ada berbagai-bagai barang di kedai itu.
Ada pelbagai barang di kedai itu.

2. Salah: Ali dihadiahkan sebuah buku harian.
Betul: Ali dihadiahi sebuah buku harian.

3. Salah: Saya menghadiahkan Salim sebuah basikal.
Betul: Saya menghadiahi Salim sebuah basikal.

4. Salah: Buku itu dihadiahi kepada Ali.
Betul: Buku itu dihadiahkan kepada Ali.

5. Salah: Dia merindukan anaknya.
Betul: Dia merindui anaknya.
Dia rindu akan anaknya.

6. Salah: Ibu meniduri adik.
Betul: Ibu menidurkan adik.

7. Salah: Hakim menjatuhkan pembunuh itu hukuman gantung.
Betul: Hakim telah menjatuhi pembunuh itu hukuman gantung.

8.Salah: Hakim telah menjatuhi hukuman gantung kepada pembunuh itu.
Betul: Hakim telah menjatuhkan hukuman gantung kepada pembunuh itu.

9. Salah: Pembunuh itu telah dijatuhkan hukuman gantung.
Betul: Pembunuh itu telah dijatuhi hukuman gantung.

10.Salah: Bangunan itu adalah Komtar.
Betul: Bangunan itu ialah Komtar.

11. Salah: Perkara itu ialah benar.
Betul: Perkara itu adalah benar.

12. Salah: Bola itu ditendang oleh saya.
Betul: Bola itu saya tendang.

13. Salah: Bola itu Ali tendang.
Betul: Bola itu ditendang oleh Ali.

14. Salah: Di masa cuti sekolah, banyak orang yang balik kampung.
Betul: Pada masa cuti sekolah, banyak orang yang balik ke kampung.

15. Salah: Dia menceburkan diri di bidang perniagaan.
Betul: Dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

16. Salah: Dalam bilik itu ada banyak nyamuk.
Betul: Di dalam bilik itu ada banyak nyamuk.

17. Salah: Di atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.
Betul: Atas perhatian daripada pihak tuan, saya mengucapkan terima kasih.

18. Salah: Bersama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.
Betul: Bersama-sama surat ini saya lampirkan borang kaji selidik.

19. Salah: Saya tidak menyebelahi kedua belah pihak yang bermusuhan itu.
Betul: Saya tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak yang bermusuhan itu.

20. Salah: Saya tidak akan mensiakan peluang ini.
Betul: Saya tidak akan mensia-siakan peluang ini.

21. Salah: Setengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.
Betul: Setengah-setengah/sesetengah orang tidak suka makan makanan yang manis-manis.

22. Salah: Dia selalu berkunjung Eropah.
Betul: Dia selalu berkunjung ke Eropah.

23. Salah: Di antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.
Betul: Antara yang hadir ke majlis tersebut ialah ibu saya.

24. Salah: Rumah Zahari terletak antara Batu Pahat dengan Parit Raja.
Betul: Rumah Zahari terletak di antara Batu Pahat dengan Parit Raja.

25. Salah: Kerjasama di antara dua buah negara akan diteruskan lagi.
Betul: Kerjasama antara dua buah negara akan diteruskan lagi.

26. Salah: Dia belajar dari pengalaman.
Betul: Dia belajar daripada pengalaman.

27.
Salah: Buku itu dia hantar ke perpustakaan.
Betul: Buku itu dihantar olehnya ke perpustakaan.

28. Salah: Kertas itu dimasukkan dalam laci
Betul: Kertas itu dimasukkan ke dalam laci.

29. Salah: Dia datang bila dipanggil.
Betul: Dia datang apabila dipanggil.

30. Salah: Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Betul: Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya.

31. Salah: Dia memandang kepada saya.
Betul:
Dia memandang saya.

32. Salah: Dia memberi pelajaran kepada anaknya.
Betul: Dia memberikan pelajaran kepada anaknya.

33. Salah: Ahmad telah membesar perniagaannya.
Betul: Ahmad telah membesarkan perniagaannya.

34. Salah: Oleh kerana itu, masalah ini harus diselesaikan segera.
Betul: Oleh sebab itu, masalah ini harus diselesaikan segera.

35. Salah: Silalah datang ke rumah saya pada bila masa.
Betul: Silalah datang ke rumah saya pada bila-bila masa.

36. Salah: Pilihlah mana yang sesuai.
Betul: Pilihlah mana-mana yang sesuai.

37. Salah: Ambillah apa yang anda suka.
Betul: Ambillah apa-apa yang anda suka.

38. Salah: Letaklah di mana yang sesuai.
Betul: Letaklah di mana-mana yang sesuai.

39. Salah: Anda berasal daripada mana?
Betul: Anda berasal dari mana?

40. Salah: Mereka-mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.
Betul: Mereka yang tidak membayar denda akan ditangkap.

0 comments:

Post a Comment

多少人在看?